Seremban: Sebuah lori treler terhempas melalui penghadang jalan di sepanjang lebuhraya utara-selatan 265.7 kilometer dan terlanggar bas ekspres di laluan
yang bertentangan petang kemarin pada pukul 3.20 p.m.
Ketika kejadian itu berlaku, pemandu bas ekspres Norzali Nordin, 56 tahun, dari Melaka, penumpang Rafidah Abdul Amid @ Abdul Hamid, 34 tahun, dari Selangor dan pemandu lori treler maut dalam kejadian.
Manakala 2 orang warga Sepanyol yang dikenali sebagai Miriam dan Miguel, kedua-duanya 27 tahun, warga Bangladesh Md Anowar, 26 tahun, Lok Eng Wui, 39 tahun, Lui Kim Yeok, 59 tahun, Chan Chee Kwang, 30 tahun, Mok Wang Quan, 18 tahun, Norsyafina Jaafar, 23 tahun, Hor Chor Ken, 51 tahun dan Lee Yun Oi, 23 tahun tercedera.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Muhd Zaki Harun, pemandu lori nampaknya kehilangan kawalan.
Kedua-dua lori treler dan bas ekspres itu juga merempuh sebuah lagi lori yang berada di bahu jalan. Lori tersebut digunakan untuk kerja-kerja meluaskan lebuh raya.
Kira-kira 2 jam masa diambil untuk membuka semua tiga lorong arah utara oleh Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan PLUS.
p/s: berhati-hati dijalan raya.
~ Kepada semua pembaca, jika anda mendapati terdapat kesalahan maklumat, sila betulkan dengan memberi komen maklumat yang lebih tepat walaupun sedikit.

No comments:
Post a Comment