LUAR NEGARA - Ford Mustang Tersekat Di Lorong Pejalan Kaki

Seorang lelaki warga San Francisco ditahan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk, pagi selasa minggu ini.


Peronda lebuhraya California mengatakan pemandu menekan minyak dan melepasi pagar keselamatan ketika cuba ke tempat letak kereta.

Entah bagaimana, kereta Ford Mustang seorang lelaki, Daniel Micah Soto, 22 tahun terperangkap di antara pagar pautan rantai dan rel jambatan Golden Gate.

"Pemandu turun melepasi tempat letak kereta pada kadar kelajuan yang sangat cepat, lalu masuk ke lorong pejalan kaki, berjaya merempuh halangan dan melepasi pagar keluli, pergi lagi 400 meter sebelum mendapati dirinya terperangkap di antara rel lorong pejalan kaki dan median di sisi lain," kata jurucakap wanita, Priya Clements kepada KCBS.

Untuk mengalihkan Mustang itu, pihak berkuasa menggunakan sebuah forklift dalam jam 10:15 a.m, untuk menariknya dari lorong pejalan kaki dan meletakkan Mustang itu di sebuah trak.

Daniel dirawat di hospital. Mujur ada beg udara, kecederaan Daniel hanyalah ringan. Namun, Daniel ditangkap kerana disyaki mabuk ketika memandu.


p/s: Berhatilah-hatilah ketika memandu.

Berita ini juga ada di http://fmua.blogspot.com

No comments:

Post a Comment