LUAR NEGARA - PBB Memerlukan USD 16 Bilion Untuk Operasi Kemanusiaan

Untuk bantuan kemanusiaan pada tahun 2015, PBB mengatakan memerlukan dana sebanyak USD 16 bilion yang merupakan jumlah terbesar dari satu tahun hingga saat ini.

Dana tersebut akan digunakan untuk membantu lebih 57 juta orang yang paling lemah di seluruh dunia. Hampir setengah akan digunakan untuk membantu mangsa konflik di Syria.

Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB, Valerie Amos berkata tahap keperluan dana seperti itu belum pernah terjadi sebelum ini dalan sidang akhbar di Geneva pada 8 Disember.

Awal bulan ini Program Makanan Dunia menunda skim bantuan makanan untuk lebih 1.7 juta warga Syria kerana masalah kewangan.

PBB sedang memohon bantuan sebanyak USD 2.8 bilion untuk membantu rakyat Syria yang menjadi pelarian dalam negeri dan USD 4.4 bilion untuk yang menjadi pelarian ke negara-negara jiran.

"Skala peningkatan keperluan lebih cepat daripada keupayaan kami untuk bertindak balas. Krisis di Republik Afrika Tengah, Iraq, Sudan Selatan dan Syria tetap menjadi keutamaan kemanusiaan tahun hadapan", jelas Amos.

Menurutnya lagi, lebih 70% sasaran bantuan berpunca daripada konflik. Wartawan BBC di Geneva, Imogen Foulkes melaporkan pemberian bantuan tidak boleh disiapkan dalam sehari kerana badan-badan bantuan memerlukan perancangan. Bekalan ubat dan makanan, misalnya, harus dibeli lebih awal sementara hospital di tempat tujuan harus lebih dulu dibina.

No comments:

Post a Comment