LUAR NEGARA - Israel Melancarkan Serangan Terhadap Syria

Damsyik:  Pesawat perang Israel telah mengebom dua kawasan berhampiran Damsyik pada hari ahad, menyerang berhampiran lapangan terbang antarabangsa bandar itu
dan juga di luar bandar berhampiran sempadan Lubnan, menurut tentera Syria.

Walaubagaimanapun, Israel tidak mengesahkan serangan itu dan pada hari ahad, tentera Israel mengatakan mereka tidak memberi sebarang komen terhadap "laporan luar".

"Serangan terang-terangan" itu menyebabkan kerosakan ketara tetapi tidak memberi sebarang maklumat apa yang menyerang kawasan berhampiran lapangan terbang atau di dalam kota Damsyik, menurut Jeneral Angkatan Bersenjata Syria.

Sementara Israel cuba untuk menjauhkan diri dari perang di Syria, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah berulang kali mengugut untuk mengambil tindakan ketenteraan untuk menghalang Syria dari menghantar senjata canggih kepada Hizbullah. Israel dan Hizbullah adalah musuh yang lebih ketat dan pernah berperang pada tahun 2006.

No comments:

Post a Comment