INFO - Temujanji Pertama Barack Obama dan Michelle Obama Akan Dijadikan Filem

Filem romantis mengenai Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan First Lady, Michelle Obama itu bertajuk "Southside With You", menurut Variety.

Berdasarkan temujanji pertama mereka pada tahun 1989 di mana mereka menonton filem klasik Spike Lee, Do The Right Thing.

Filem ini akan diarahkan oleh Richard Tanne yang juga menulis lakon layar dan pelakon Tika Sumpter akan memegang watak Michelle.

Tracey Bing dan Stephanie Allain juga bersetuju untuk menghasilkan/memproduksi filem itu. "Stephanie dan saya teruja untuk menghasilkan filem pintar dan tidak lapuk....." menurut Bing.

Walaubagaimanapun, mereka masih sedang mencari pelakon yang  sesuai untuk memegang watak Barack Obama.

p/s: Walaupun bukan pelakon, tapi Reggie Brown paling sesuai memegang watak Presiden Obama!

No comments:

Post a Comment